Kisah 25 Tahun Dulu... Saya ingin berkongsi sama kisah yang sudah lama saya simpan lebih kurang 25 tahun dahulu. Kisahnya begini, cerita ini telah diberitahu oleh ibu saya sendiri. Ibu memberitahu saya bila saya berumur 20 tahun. Mula-mulanya berlaku pada satu malam, masa itu saya hanya bersama ibu di rumah. Saya sedang tidur seorang diri di bilik saya. Saya terdengar suara wanita meminta tolong seperti orang kesakitan. Lalu saya beranikan diri bangun dari katil untuk lihat siapa di luar. Alagkah terperanjatnya terlihat ibu saya terbaring di lantai dapur menahan kesakitan. Kesakitan di perutnya, nak kata sakit perut bukan tapi seperti dibuat orang.
Lalu saya tak tahu nak buat apa, cuma mampu mengangkat ibu saya ke bilik dan menggosok tubuhnya dengan ubat-ubat yang ada di bilik ibu. Keesokan harinya, ibu kelihatan lemah seperti orang sakit. Saya bertanya kepada ibu, "Ibu apa yang berlaku semalam bila ibu tidur?" Ibu seperti berat mulut nak ceritakan hal sebenarnya. Ibu akhirnya memberitahu, arwah tok yang datang hendak memberi barang yang dikatakan salah dalam agama kita. Arwah tok yang sangat marah pada ibu sebab ibu tak nakkan barang itu lalu tok yang memukul ibu saya. Mula-mula saya tidak percaya apa yang diceritakan, sehingga ibu sendiri menunjukkan tangan dan badannya yang lebam. Saya terperanjat apabila saya terlihat badan ibu saya jadi begitu.
Ibu berkata waktu di kampung sebelum saya dilahirkan, arwah tok dan nenek saya dahulu pernah pelihara barang, barang itu ibu saya tak tahu barang apa. Pernah waktu siang hari ibu lalu luar rumah tok sewaktu menuju ke kedai, ibu terdengar arwah tok bercakap-cakap dengan nenek. Ibu terdengar nenek berkata, "Kesian dia kemas rumah kita ni, biarlah dia rehat..." Ibu terperanjat dan tertanya- tanya pada siapakah yang tok dengan nenek bercakap? Padahal tok dengan nenek tinggal berduaan saja.
Ibu memberitahu sewaktu hari tok mahu meninggal dunia, muka tok seperti menahan kesakitan dan macam orang susah nak hembuskan nafas terakhirnya. Adik beradik ibu saya semuanya berada di sisi arwah tok. Ibu saya yang paling tua, dan berkata kepada pakcik saya suruh panggilkan ustaz. Apabila ustaz tiba di rumah tok, kawasan rumah tok berangin kencang, kedengaran jeritan orang disiksa meminta tolong. Ibu dan pakcik saya berasa amat takut ketika itu. Ustaz bertanya kepada ibu, "Tok kau ada simpan barang di rumah ni tak?" Ibu teringat benda yang pernah berlaku. Ibu teringat perbualan tok dan nenek dahulu ketika ibu lalu rumahnya.
Ibu terus marah pada nenek," Nenek, lebih baik nenek terus terang? Apa yang disimpan oleh tok?" Nenek menangis tak henti2. Rupa-rupanya, tok saya ada simpan tengkorak manusia di biliknya. Ibu dan adik-beradik semua amat terperanjat sekali. Pakcik dan ustaz menanam tengkorak di kawasan rumah tok saya. Barulah arwah tok menghembuskan nafas terakhirnya. Ibu fikir itu dah berakhir, rupanya tidak... Benda yang ditanam mencari tuan yang baru...
Sekian, terima kasih...